Cara Mudah Menjual Barang di Shopee


Saya nak berikan panduan dan cara nak meniaga online menggunakan platform di Shopee. Sangat mudah hanya perlu ikut step yang saya akan berikan. Bisnes online di Shopee ini sangat sesuai buat mereka yang ada produk sendiri atau boleh juga untuk dropship

 Langkah Cara Jual Barang Anda di Shopee


ikuti langkah dibawah ini untuk memulakan meniaga di Shopee


1) Pendaftaran 


  • first, masuk ke laman web Shopee ( www.shopee.com.my)
  • kemudian klik pada sign up (pergi ke bahagian atas kanan sign up shopee)

  •  
  • Masukkan details anda. Pastikan nombor telefon anda betul dan klik pada send verification terlebih dahulu. Setelah kod dihantar ke nombor telefon anda barulah anda boleh isi maklumat yang lain. Kemudian klik pada Sign Up

  • Selepas tekan sign up, anda boleh terus login ke dalam akaun anda.  
  • Klik ke pautan 'JUAL' seperti gambar dibawah

  •                    
2) Login ke Bahagian Seller Centre

        
  • Masukkan nomber telefon anda, email atau menggunakan id login dan sertakan password anda.
  • Masukkan kod yang dihantar melalui mesej pada number telefon anda dan masukkan kod tersebut di ruang yang disediakan.
3) Masukkan barang anda yang hendak dijual
  • klik pada produk saya
       

  • Klik tambah produk baru


       
  • Klik Browse Image untuk masukkan gambar produk. Hanya 9 gambar sahaja dibenarkan. Pastikan pilih gambar yang paling cantik dan menarik. Saiz untuk setiap gambar perlulah di bawah 2MB.


4) Isi Maklumat Barang Jualan Anda
  • Masukkan nama produk anda, keterangan, kategori, warna, jenis produk anda. Anda boleh research bagaimana penjual lain meletakkan nama produk dan keterangan mereka. Masukkan nama produk anda yang senang dan mudah untuk menarik pelangan untuk mencari produk anda.
    


  •  Di bahagian price & inventory anda wajib masukkan harga dan stok terkini. Jika produk anda mempunyai variasi contohnya dari segi saiz atau warna maka anda perlu pilih Add Variations. BahagianWholesale pula adalah untuk mereka yang menjual produk mereka dengan harga borong.


5) Penghantaran 
  • Di bahagian shipping, masukkan berat produk anda dan parcel size. Jika anda tidak tahu size sila kosongkan bahagian ini. Untuk Shipping Fee pula, pilih courier yang anda akan gunakan nanti. Untuk produk saya, saya akan pilih Pos Laju dan masukkan caj yang akan saya kenakan kepada pelanggan saya.
  • selepas itu, Klik pada publish produk.

Maka selesailah tutorial cara menjual di Shopee. Seboleh-bolehnya anda masukkan banyak produk dalam kedai anda. Lagi banyak produk, lagi banyak peluang untuk anda dapat sale dan meyakinkan pelanggan bahawa anda serius berniaga. , ramai orang suka beli barang online di shopee sangat mudah dan harga yang murah dan banyak pilihan.
Selamat menjual dan saya doakan perniagaan anda terus maju!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Shopback

Cara Mudah Buat Duit Online